KUMPULAN 7 ( Pranatal dan Neonatal )

KUMPULAN 7 ( Pranatal dan Neonatal )

Sunday, March 28, 2010


Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak

Psikologi Perkembangan Kanak-kanak
KAC0033

Pranatal dan Neonatal
( Kelahiran)

Kumpulan : D

Nama Ahli Kumpulan :
Nur'afeefa binti Hamdan
E20091000358
Fathin Hasna binti Tahir
E20091000355
Nurnabiha binti Zaidi
E20091000351
Suzilahwati binti Mohamad
E20091000347
Noratika binti Hashim
E20091000385

Nama Pensyarah :
Cik Norly binti Jamil

PRANATAL

Perkembangan Semasa Pranatal

Pengenalan

Peringkat prenatal merupakan asas kejadian manusia berlaku sebelum mereka dilahirkan ke alam dunia ini. Proses perkembangan ini berlaku dalam rahim ibu. Proses perkembangannya bermula apabila berlaku persenyawaan antara sperma daripada lelaki dengan ovum daripada perempuan dan seterusnya akan melalui tiga peringkat utama iaitu peringkat germinal, embrio dan akhirnya fetus atau janin sehinggalah lahirnya seseorang bayi itu. Proses perkembangan ini mengambil masa selama lebih kurang sembilan bulan atau 266 hari.

Proses Persenyawaan

Secara umumnya, proses persenyawaan merupakan asas bagaimana terbentuknya jasad manusia. Proses ini berlaku apabila dua sel gamet iaitu stu daripada lelaki (sperma) dan satu lagi daripada perempuan (ovum) bersatu untuk membentuk satu sel yang dipanggil zigot yang akan membesar sebagai bayi. Sperma iaitu antara sel terkecil yang terdapat dalam badan badan manusia dihasilkan oleh testis seorang lelaki matang. Terdapat berjuta-juta sperma dihasilkan daripada proses ejakulasi. Sperma-sperma ini akan masuk ke saluran falopian melalui servik dan akan berenang mendapatkan ovum. Persenyawaan berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum dan proses ini berlaku pada hari ovulasi atau lima hari sebelum ovulasi. Proses pembentukan zigot berlaku apabila satu sel matang yang dihasilkan oleh ovari sewaktu subur. Persenyawaan berlaku dalam tempoh 24 jam. 2 sel akan dibahagikan dalam masa 36 jam. Pada masa 48 jam pula 4 sel akan dihasilkan. Akhirnya, pada masa 72 jam 16 hingga 32 sel akan dihasilkan. Pembahagian sel dan pembentukan sel dalaman mengambil masa selama 4 hingga 5 hari.







PROSES PERSENYAWAAN DAN PEMBENTUKAN BAYI






















PROSES PEMBENTUKAN ZIGOT



Fasa Perkembangan Semasa Peringkat Pranatal

Antara peringkat yang amat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu. Pada tahap ini proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal berlaku dengan amat aktif. Kelakuan ataupun amalan ibu sewaktu mengandungkan bayi akan mempengaruhi pembentukan bayi tersebut sama ada dari segi emosi, fizikal dan juga psikologikal. Selepas proses persenyawaan, zigot yang terbentuk hasil daripada gabungan sel ovum dan sperma akan membahagi dan berganda menjadi dua, empat, lapan dan seterusnya. Pada masa bayi bersedia untuk dilahirkan, ia telah mempunyai berjuta-juta sel. Perkembangan bayi sewaktu pranatal terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa germinal (lebih kurang dua minggu), fasa embrionik (dalam tempoh dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan) dan akhir sekali ialah fasa fatal. Sewaktu di fasa kedua bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi dipanggil fetus.

Fasa germinal

Fasa germinal juga dikenali sebagai peringkat pembentukan zigot dan proses ini berlaku dalam mada dua minggu. Pada fasa ini zigot membahagi berulang-ulang kali sewaktu dalam perjalanan (tiga hingga empat hari) ke uterus. Zigot yang berbentuk bola kecil ini berlegar-legar di sekitar uterus selama lebih kurang tingga hingga empat hari selepas blastosis melekat (implanted) dengan kuatnya di dinding rahim. Lapisan dalam blastosis ini akan membentuk embrio dan lapisan luar adalah amnion, korion, plasenta, kord umbilikus akan memelihara lembaga yang telah terbentuk. Saiz lembaga semasa ini ialah 2 mm. Proses perlekatan ini mengambil masa lebih kurang seminggu atau lebih. Selama beberapa hari di fasa ini sel-sel dibahagikan mengikut fungsi masing-masing.

Fasa embrio

Fasa embrio biasanya bermula pada minggu ketiga dan berakhir pada minggu kelapan dalam kandungan. Fasa ini mengambil masa dari mula zigot melekat di dinding rahim sehingga lebih kurang dua bulan bayi dalam kandungan. Pada waktu ini pelbagai organ utama dalam badan mula terbentuk sepeti jantung dan paru-paru mula membentuk dengan aktif. Pembentukan awal sistem otak dan organ utama ini penting untuk penyerapan zat-zat makanan dan juga perkembangan embrio. Pada usia kandungan mencecah empat minggu, sistem jantung telah mula berfungsi dan mengepam darah.

Pada akhir minggu kelapan, panjang embrio adalah lebih kurang satu inci. Kepala telah mula membulat dan ciri-ciri pada muka tesia ini juga sistem saraf mula menyampaikan makllah mula membentuk. Pada uumat ke bahagaian-bahagian utama. Hanya pada minggu ketujuh kod genetik yang menentukan jantina bayi mula berfungsi memyebabkan organ seks mula membahagi. Sekiranya sel kromosom Y hadir, testis akan mula membentuk dan mula menghasilkan hormon androgen. Hormon androgen ini akan mengarahkan kod genetik membentuk ciri-ciri kelakian pada organ seks bayi.

Sewaktu dalam fasa embrio struktur yolka akan terbentuk di mana bayi dikelilingi oleh cecair amniotik yang terkandung dalam sarung amniotik. Sarung ini berfungsi untuk membolehkan embrio bergerak dengan bebas tanpa tercedera ia juga mengawal suhu persekitaran tempat tinggal embrio. Makanan dan bahan sisa diambil dan dikeluarkan melalui plasenta. Plasenta ini digabungkan oleh kord umbilicus. Salur darah disekeliling rahim ibu pula bertindak sebagai penyambung plasenta kepada bayi. Pada tahap ini pemakanan ibu banyak mempengaruhi tumbesaran bayi, sebagai contoh alkohol, dadah serta aspirin yang diambil akan menyebabkan beberapa siri kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

















PERKEMBANGAN PRANATAL SEMASA FASA EMBRIO



Fasa fetus

Fasa ini bermula apabila kandungan berusia tiga bulan sehingga lahir. Organ utama seperti jejari tangan serta kaki telah terbentuk pada peringkat ini. Apabila usia janin dalam kandngan masuk ke bulan yang keempat, maka janin itu mula bergerak dan pada akhir bulan keenam janin yang normal akan bergerak dengan aktif. Janin pada ketika ini menghisap jari, berpusing, sensitif terhadap cahaya dan juga boleh menggerak-gerakkan kelopak matanya. Pada ketika ini, sekiranya janin tersebut telah melalui perkembangan organ-organ dalaman yang matang maka ia mampu meneruskan kehidupan dan bersedia untuk dilahirkan. Fetus mengubah arah kedudukan sebelum lahir dengan kepalanya pada dasar rahim. Berdasarkan kajian yang lepas, bayi lelaki yang normal berat badan badan mereka adalah lebih kurang tujuh setengah paun dan perempuan beratnya lebih kurang tujuh paun.






PERKEMBANGAN FIZIKAL SEMASA FASA FETUS



TRIMESTER 1

Pada awal minggu ke-9, ukuran kepala janin adalah separuh panjang badannya. Selepas itu, pertumbuhan badan janin pesat berlaku sehingga akhir minggu ke-12, panjangnya meningkat dua kali ganda. Pada peringkat ini juga, organ utama tubuh telah terbentuk, jantung berdenyut cepat, darah beredar melalui salur darah, perut janin mula aktif dan ginjal mula berfungsi. Perubahan yang berlaku seterusnya ialah pertambahan dari segi saiz dan fungsinya. Semasa trimester ini organ seks juga telah terbentuk dan juga boleh dikenal pasti melalui ultra bunyi. Kebanyakan wanita hamil pada peringkat ini mengalami rasa loya dan mungkin muntah apabila terbau sesuatu yang wangi atau busuk.

TRIMESTER 2

Pada masa ini lapisan luar kandungan diselubungi oleh bahan yang dipanggil vemiz. Vemiz berupa seperti keju dan membantu melindungi kulit dari pecah dan merekah, memandangkan janin menghabiskan masa berada dalam cecair amniotik. Pada peringkat ini lanugo atau bulu halus yang tumbuh dikeseluruhan badan bayi ini membantu vemiz melekat pada kulit. Perkembangan yang paling ketara pada peringkat ini adalah perkembangan otak di mana semua neuron sudah mengambil tempatnya. Neuron tidak akan dihasilkan lagi sepanjang hayat individu tersebut. Sel glial yang membantu menyokong pertumbuhan neuron dan memberikannya makanan dan akan terus bertambah sehingga selepas kelahiran. Pada akhir trimester, kebanyakan organ akan lengkap berkembang. Secara mojoritinya, perkembangan otak di mana semua neuron masing-masing berada pada tempat mereka.Walaubagaimanapun, sel glial yang menyokong dan membekalkan makanan pada neuron akan menyambung untuk bertambah dalam jangkamasa kehamilan mahupun selepas kelahiran (Nowakowski,1987)

Menurut Lecanuat et al (1995) dan Smotherman & Robinson (1996), degupan jantung bayi sebenarnya akan berdenyut pada kadar biasa iaitu antara 120 hingga 160 kali sesaat. Apabila menjelang minggu ke-18, uterus fetus perempuan terbentuk lengkap dan pengkanalan vagina telah bermula. Testis fetus lelaki telah memulakan penurunannya tetapi masih berada pada dinding posterior abdomen pada minggu ke-20

TRIMESTER 3

Pada trimester ini masa janin dilahirkan akan menentukan peluang untuk hidup. Tahap ini adalah yang selamat untuk dilahirkan. Pada peringkat ini otak janin akan terus berkembang dengan kadar yang cepat dan semakin pesat sistem neuron berkembang, janin akan lebih banyak berkembang dan menghasilkan masa dalam keadaan sedar. Pada bulan ke-8, satu lapisan menyelaraskan suhu badan. Pada minggu ke-36, janin dianggarkan berukuran 46sm panjang dan 2500 gram berat. Ketika menuju ke akhir kehamilan, aras hormon progestron turun dengan mendadak. Kejadiaan ini menyebabkan perubahan-perubahan lain seperti pengecutan otot-otot uteus tidak lagi disekat atau dihalang oleh hormon progestron yang semakin berkurang, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon okstiosin di mana hormon ini merangsangkan pengecutan beritma otot uterus, dan perembesan hormon prostaglandin oleh plasenta bertambah. Di akhir bulan ke-9, jari- jemari mula terbentuk dengan sempurna. Berat janin juga sebanyak tujuh setengah paun dan semua organ sudah bersedia untuk berfungsi.








MINGGU KE 8















MINGGU KE 12














MINGGU KE 16














MINGGU KE 20















MINGGU KE 24













MINGGU KE 30












MINGGU KE 36









PERANAN BAKA DAN PERSEKITARAN

Tingkah laku seseorang individu itu bukan hanya dipengaruhi oleh faktor baka sahaja. Ini dapat dilihat pada warna rambut, mata, wajah, ketinggian dan bamyak ciri-ciri fizikal di warisi daripada ibu bapa. Namun begitu, persekitaran di mana individu tersebut dibesarkan turut memainkan peranannya.

FAKTOR BAKA

Kajian mengenai baka merupakan kajian keturunan, perubahan dan perkembangan. Melalui kajian tentang baka ini dapat diketahui sifat-sifat keturunan yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang berikutnya. Teori keturunan menyatakan bahawa anak-anak berkecenderungan menyerupai sifat salah seorang atau kedua-dua ibu bapa. Sehubungan itu, kajian mengenai keturunan mendapati empat faktor kebakaan yang selalu diperkatakan, iaitu kromosom, gen, kelenjar dan hormon.

GEN DAN KROMOSOM

Baka merupakan ciri yang diwarisi oleh bayi daripada kedua-dua ibu bapanya. Unit asas bagi bagi baka dikenali sebagai gen. Gen ini menentukan ciri-ciri yang diwarisi oleh seseorang individu. Setiap sel dalam tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 100,000 gen yang mana gen-gen ini di bentuk daripada bahan kimia iaitu acid deoksiribontikkik (DNA).DNA ini membawa arahan biokimia yang mengarahkan sel-sel untuk membentuk protein yang membolehkan sel-sel tersebut berfungsi secara spesifik. Melalui gen, sifat-sifat umum manusia diturunkan pada individu. Antara sifat tersebut ialah pembentukan sistem saraf, tulang, komponen darah hormon,dan keseluruhan struktur perkembangan manusia. Trait 1 personaliti atau sifat peribadi, yang boleh membezakan corak personaliti seseorang turut diwarisi melalui gen. Pada asasnya, setiap sel dalam tubuh badan manusia mempunyai 23 pasang kromosom yang terdiri daripada 22 pasang autosom dan sepasang kromosom seks. Pasangan kromosom ini diwarisi dari ibu dan bapa iaitu 23 kromosom ibu dan 23 lagi kromosom bapa menjadikan jumlahnya 46 kromosom. Proses kompleks pembahagian sel iaitu meiosis yang berlaku menyebabkan gamet menerima satu kromosom dari setiap pasangan. Apabila berlaku gabungan antara ovum dan sperma ianya menghasilkan zigot yang mempunyai 46 kromosom. Pembahagian meiotik ini berlaku secara rambagng menghasilkan kombinasi yang berbeza pada setiap bayi yang dilahirkan.

PENENTUAN JANTINA BAYI

Dalam tempoh sembilan bulan kehamilan,zigot akan mempunyai berbilion-bilion sel. Satu nyawa baru terbentuk hasil daripada gabungan ovum dan sperma dalam proses mitosis. Sewaktu proses mitosis,sel ovum akan hanya menurunkan kromosom X manakala sel sperma akan hanya menurunkan kromosm X atau Y, jantina bayi yang dilahirkan bergantung kepada kromosom yang diturunkan sel sperma. Bayi atau zigot perempuan akan terhasil apabila kromosom X pada sel ovum bergabung dengan kromosom Y sel sperma maka akan terbentuk individu lelaki. Bagi bayi lelaki, kromosom yang dipunyai ialah XY dan bayi perempuan pula akan mempunyai kromosom XX.

LELAKI PEREMPUAN

44 + XY 44 + XX

22 22 22 22

+ + + +

X Y X X

44 + XX 44 + XY

KEJADIAN ANAK KEMBAR

Anak kembar terbentuk apabila dua zigot berkembang dan tumbuh pada masa yang sama dalam rahim ibu. Waktu dilahirkan juga lebih kurang sama bagi kedua – dua anak ini. Pada asasnya terdapat dua jenis kembar seperti yang dijelaskan di bawah ini.

KEMBAR SEIRAS

Kembar seiras terjadi apabila satu ovum yang telah disenyawakan oleh satu sperma membahagi dan membentuk dua zigot. Setiap zigot kemudiannya berkembang dan tumbuh menjadi bayi yang berasingan. Kembar seiras mempunyai kandungan genitik yang serupa kerana berasal dari sel ovum dan sel sperma yang sama. Ini termasuklah jantina, rupa fizikal, warna kulit, warna rambut, dan warna mata.

KEMBAR TAK SEIRAS

Kejadian kembar tidak seiras berlaku apabila dua ovum yang berasingan disenyawakan oleh dua sperma yang berasingan. Setiap zigot berkembang di kawasan di kawasan yang berbeza dan masing – masing mempunyai uri mereka sendiri. Bayi kembar tidak seiras boleh memiliki jantina yang berlainan disamping ciri – ciri fizikal yang berbeza. Ini berlaku disebabkan mereka tidak berkongsi plasenta yang sama.

DOMINAN DAN RESESIF

Sewaktu persenyawaan sel zigot mengandungi segala maklumat biologi yang diperlukan untuk pembentukan manusia. Lanva terjadi melalui proses pembahagian sel ataupun mitosis iaitu sel – sel dibahagi separuh secara berulang – ulang kali. Setiap bahagian sel merupakan hasil cetakan daripada sel yang asal. Perkembangan manusia yang normal menghasilkan 46 kromosom yang serupa dengan yang terdapat dalam zigot. Gen yang terkandung dalam diri manusia terdiri daripada gen yang kuat (dominan) dan juga lemah (resesif). Sekiranya gen yang kuat berpasangan dengan gen yang lemah, gen yang kuat akan mendominasikan sifat – sifat yang dibawa oleh gen yang lemah. Sebagai contoh, pewarisan rambut anak, bagi bapa yang mempunyai rambut lurus manakala ibunya mempunyai rambut kerinting, anak mereka akan mewarisi rambut kerinting si ibu. Ini berlaku disebabkan gen rambut kerinting lebih kuat daripada gen rambut lurus.

GENOTIP DAN FENOTIP

Kebolehan untuk menggulung lidah dan menggerakkan telinga merupakan kebolehan yang dipanggil fenotip, iaitu terjemahan dari ciri – ciri yang terkandung dalam genotip (faktor genetik yang tersembunyi). Kecuali kembar seiras, tiada individu lain mempunyai genotip yang serupa. Keupayaan untuk menggulung lidah merupakan contoh terjemahan faktor genotip yang kuat dipengaruhi oleh gen. kebolehan ini diperolehi sama ada dari gabungan dua gen dominan ataupun di antara gen dominan dan gen resesif. Walau bagaimanapun, kebanyakan faktor genotip yang diwarisi memerlukan sokongan dari persekitaran untuk pengukuhan tingkah laku. Sebagai contoh, katalah Hana mewarisi bakat dalam seni muzik. Jika dia belajar serta berlatih dengan giat di samping mendapat dorongan dari keluarga, sudah pasti bakat yang sedia ada akan terus digilap dan diperbaiki. Tetapi jika Hana tidak mendapat sokongan dari keluarga dan persekitaran, bakat tersebut akan terpendam begitu saja. Kebanyakan faktor-faktor fizikal (termasuk tinggi dan berat) serta kebanyakan faktor psikologi seperti kepandaian merupakan sumbangan daripada pelbagai faktor.

GENERIK DAN KETIDAKNORMALAN KROMOSOM

Mutasi ditakrifkan sebagai perubahan yang berlaku secara spontan terhadap bahan genetik yang boleh diwariskan. Mutasi berlaku dalam tiga cara. Meiosis yang berlaku dengan tidak sempurna, menyebabkan bilangan kromosom bertambah atau berkurang. Akibatnya bilangan kromosom dan kandungan gen dalam gamet berubah. Jika perubahan genetik ini tidak menyebabkan zigot mati dalam kandungan maka zigot yang terbentuk akan akan berkembang menjadi mutan. Perubahan kepada struktur DNA dan kromosom disebabkan oleh pemecahan struktur dwiheliks oleh beberapa agen. Bahan kimia misalnya asid nitrus, peroksida dan sinar X menyebabkan Kelenjar.

Kebanyakan daripada kes-kes kematian yang berlaku sewaktu dalam kandungan adalah disebabkan ketidaknormalan yang berlaku kepada kromosom. Menurut kajian yang dilakukan oleh Milunsky (1992) dan Papalia & Osgoods, (1988) seorang daripada 156 kanak-kanak di Barat mempunyai kecacatan pada kromosom. Kebanyakan daripada ketidaknormalan ini adalah diwarisi manakala yang selebihnya berlaku sewaktu proses perkembangan dalam kandungan. Terdapat berbagai jenis ketidaknormalan kromosom, anataranya adalah seperti berikut :

i. Sindrom Klienfelter : Sindrom ini adalah disebabkan oleh kelebihan kromosom pada kromosom XY. Ini menyebabkan individu yang mengalaminya mempunyai tambahan kromosom X menjadikannya XXY. Kanak-kanak lelaki yang mengalami masalah ini akan mengalami masalah dari segi ketidakfungsian testis serta akan mempunyai buah dada yang kecil. Mereka juga didapati mempunyai kecerdasan terhad.

ii. Sindrom Turner : Sindrom ini terjadi apabila terdapat kekurangan pada kromosom iaitu OX. Individu yang terbentuk hasil daripada kekurangan satu kromosom X atau Y ini akan membesar sebagai seorang wanita tetapi mengalami masalah dari segi fungsi seksual mereka. Individu ini juga akan mempunyai struktur tubuh badan yang kecil, leher yang lebar, tidak terdapat ciri-ciri kedua seks dan juga mempunyai gonad yang terbantut. Pesakit yang mengalami sindrom ini juga didapati mengalami masalah dari segi persepsi kognitif dan juga mandul.

iii. Sindrom Down : Sindrom ini merupakan contoh ketidaknormalan outosom yang berlaku pada seseorang individu. Sindrom ini berlaku apabila kromosom ke-21 mengalami pertambahan ataupun kromosom tersebut bergabung dengan pasangan kromosom yang lain. Sindrom ini juga dikenali sebagai trisomi 21. Ciri-ciri utama pesakit ini ialah kelopak mata yang agak rendah, lidah terjelir, kerosakan pada hati, mata, mulut, dan juga kecacatan motor.

KELENJAR ENDOKRIN DAN HORMON

Sistem dalam badan kita akan berfungsi dengan baik sekiranya pelbagai kelenjar di dalamnya berfungsi dengan baik. Terdapat enam kelenjar endokrina dalam badan kita . Kelenjar-kelenjar mengeluarkan hormon untuk menggalakkan perkembangan dan mengekalkan fungsi-fungsi badan untuk berinteraksi dengan persekitaran. Kelenjar-kelenjar bekerja bersama-sama dan dikawal oleh kelenjar pituitari. Sementara itu kelenjar jantina berkembang pada masa seseorang mencapai peringkat baligh. Hormon ialah bahan kimia yang dikeluarkan oleh kelenjar-kelenjar dalam badan dan disalurkan oleh peredaran darah ke organ-organ lain untuk melicinkan perjalanan sistem lain dalam badan dan seterusnya melicinkan perkembangan badan. Rajah dibawah menunjukkan kedudukan kelenjar-kelenjar yang ada dalam badan kita.

Kelenjar Pituitari

Ia terletak di bahagian tengah bawah otak. Kelenjar menghasilkan sejenis hormon iaitu bahan kimia yang melincinkan perjalanan system alur darah, sistem pembekal makanan, sistem pembekal oksigen dan sebagainya yang disebut hormon pitutari. Hormon pituitari yang berlebihan akan menyebabkan seseorang individu berbadan besar. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan pertumbuhan seseorang terbantut.

Kelenjar Tiroid

Ia terletak di kiri kanak tengkorak. Ia menghasilkan hormon tiroksin. Tiroksin yang berlebihan menyebabkan seseorang individu aktif manakala kekurangan tiroksin menyebabkan seseorang berasa lesu.

Kelenjar Pankreas

Pankreas menghasilkan hormone insulin. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah. Sekiranya pancreas tidak berfungsi dengan betul, maka lebihan gula akan terjadi. Ini menyebabkan penyakit diabetes ( kencing manis ).

Kelenjar Adrenal

Sepasang kelenjar adrenal terdapat diatas buah pinggang. Bahgian dalam kelenjar menghasilkan hormone adrenalin dan nonadrenalin. Ketika seseorang itu hilang akal, adrenalin masuk ke dalam darah lain menyebabkan denyutan jantung bertambah cepat dan tekanan darah juga meningkat tinggi. Hormone nonadrenalin dikeluarkan ke dalam darah dan ini mengembalikan seseorang itu kepada individu yang normal. Bahagian luar adrenal mengeluarkan hormone steroid yang mengekalkan keseimbangan garam dalam badan. Ia membolehkan protein bertukar gula dan selepas itu akan menjadi tenaga.

Kelenjar Jantina

Kelenjar jantina lelaki menghasilkan semen ( mani ) dan hormon androgen. Androgen akan menimbulkan sifat-sifat kelelakian. Kelenjar jantina perempuan ( ovary ) menghasilkan ovum dan hormone estrogen. Estrogen menimbulkan sifat-sifat keperempuanan seperti kedatangan haid.

Faktor Persekitaran

Persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling termasuklah keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi antara manusia sesame manusia serta dengan alam sekitarnya. Menurut Vinacke ( 1969 ) persekitaran ialah segala kuasa kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Persekitaran, sesungguhnya termasuk alam sekeliling sebelum dan selepas seorang dilahirkan. Misalnya, kesihatan ibu yang hamil penting untuk melahirkan anak yang normal dan sihat. Pengalaman dengan persekitaran laur amat penting untuk perlkembangan fizikal dan mental seseorang. Berikut adalah faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang.

Antara peringkat yang amat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu. Pada tahap ini proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalam dan fizikal berlaku dengan amat aktif. Kelakuan ataupun amalan ibu sewaktu mengandungkan bayi akan mempengaruhi pembentukan bayi tersebut sama ada dari segi emosi, fizikal dan juga psikologikal.

Selepas kelahiran, mengikut kebiasaannya lebih kurang sembilan bulan dalam kandungan, bayi akan lahir. Proses kelahiran ini melibatkan pelbagai cara dan peralatan. Antara kaedah kelahiran yang biasa digunakan ialah melalui pembedahan forcep, vakum dan juga cara semulajadi. Kaedah-kaedah yang digunakan bergantung kepada keadaan dan juga kedudukan bayi dalam kandungan.

Faktor Perkembangan Pranatal

Bayi dalam kandungan amat sensitif akan persekitaran mereka. Sama ada persekitaran tersebut melibatkan emosi, pemakanan, limpahan hormon dan penyakit yang dialami oleh ibu atau bapa keadaannya mampu mengganggu perkembangan bayi tersebut.

EMOSI

Kepercayaan berkenaan emosi ibu banyak mempengaruhi bayi telah bermula sejak dulu lagi. Walau bagaimanpun, ahli-ahli psikologi kini telah mealkukan kajian dan mendapati ketakutan yang amat sangat, tekanan dan kemurungan mampu merubah tindak balas fisiologi manusia. Perubahan itu melibatkan sistem saraf utama yang mengawal degupan jantung, pernafasan, dan edaran hormon berubah. Sebagai contoh ibu-ibu yang mengalami ketakutan yang amat sangat akan menyebabkan bahagian otakibu akan merangsang penghasilan hormon. Hormon ini akan masuk ke dalam sistem adrenal dan mengeluarkan kortison. Kortison pula akan masuk ke dalam sistem edaran darah si ibu dan akan di hantar kepada bayi dalam kandungan. Adrenalin ang keluar hasil daripada tindakan ketakutan si ibu akan menyebabkan edaran darah yang sepatutnya dibawa kepada bayi diedarkan ke bahagian lain. Kekurangan darah kepada plasenta pula akan menyebabkan kekurangan oksigen untuk bayi dalam kandungan.

ZAT MAKANAN

Zat makanan yang diperolehi oleh bayi sewaktu dalam kandungan akan mempengaruhi pertumbuhan bayi tersebut. Sewaktu mengandung kandungan kalori yang seharusnya diambil meningkat sebanyak 20 % iaitu lebih kurang 2000 kalori sehari. Manakala kandungan protein dan riboflavin meningkat sebanyak 45 %, kandungan vitamin C serta kalsium yang doperlukan meningkat sehingga 100 %. Pada awal kurun ke-20, bukti yang kukuh mengenai pentingnya zat makanan dalam perkembangan bayi ditemui. Kejadian ini berlaku di Switzerland di mana sejumlah besar kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kecacatan mental yang teruk dikenali sebagai kretinisma. Apabila kajian dilakukan terhadap bayi tersebut, didapati kanak-kanak ini kekurangan iodine, kanak-kanak ini juga didapati pekak serta tumbesaran mereka terbantut. Maramus pula dialami oleh kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein dan kalori dalam tubuh badan mereka. Sejenis penyakit lagi yang diakibatkan oleh kekurangan protein dikenali sebagai kwashiorkor. Kanak-kanak ini akan mengalami perut buncit yang melampau, kurus, masalh kulit lemah serta sukar dikendalikan.






BENTUK PIRAMAID MAKANAN MENGIKUT ZAT MAKANAN
















MAKANAN YANG BERKHASIAT BAIK UNTUK KANDUNGAN







Persekitaran

( Faktor Teratogen )

Teratogen merupakan agen-agen dari luar yang melepasi masuk halangan plasenta dan menganggu perkembangan bayi. Antara agen-agen tersebut ialah dadah , rokok, arak, sinaran ultra ungu serta debu.

Dadah

Ubat-ubatan yang diambil sewaktu mengandung seperti ubat tahan muntah dan ubat untuk mengelakkan keguguran yang mengandungi dadah mampu merosakkan pertumbuhan bayi. Penyakit phocomelia yang mana pengidapnya mengalami kerencatan pada ruas-ruas kaki dan tangan adalah disebabkan oleh thalidornide yang terdapat dalam ubat tahan muntah. Menurut Elliot ( 1979 ) dalam ( Stewart et.al ) (1985) ibu-ibu yang mengambil diethysti Ubestrol ( DES) pula didapati melahirkan anak perempuan yang mengalami ketidakformalan tisu vagina dan struktur servik. Manakala anak lelaki pula ketidakformalan pada testis.






IBU MENGANDUNG YANG MENGAMBIL UBAT-UBATAN TIDAK SIHAT UNTUK KANDUNGAN



Rokok

Lebih kurang 28% ibu-ibu yang merokok mengalami keguguran bayi masa dalam kandungan dan bayi mati sebaik sahaja dilahirkan. Kesan yang amat ketara terhadap bayi terjadi apabila berada sewaktu tiga bulan terakhir kandungan. Kajian mendapati bayi yang mana ibu mereka kuat merokok akan mengalami kekurangan oksigen yang teruk. Ini berlaku disebabkan karbon hemoglobin yang terdapat dalam rokok mengantikan oksigen yang sepatutnya dibekalkan kepada bayi tersebut.





MEROKOK BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN BAYI






Arak

Pada tahun 1973, sindrom alkoholfitus dikenal pasti pada bayi yang ibu mereka merupakan peminum arak. ( Jones Et.al, 1973 dalam Stewart , 1985 ). Kanak-kanak ini didapati mengalami terencat akal, tertinggal dari segi perkembangan motor serta masalah di bahagian otot, jantung dan pembentukan cirri-ciri di bahagian muka.






ARAK BOLEH MENYEBABKAN BAYI TERENCAT AKAL






Cahaya Ultra Ungu

Pendedahan terhadap cahaya ultra ungu yang keterlaluan akan menyebabkan ketidaknormalan pada pembentukan sistem saraf utama bayi. Bagi bayi dalam kandungan yang mendapat pendedahan kepada cahaya ini berkemungkinan untuk mengalami tumor dan leukemia.

NEONATAL (Kelahiran)

Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat. Mereka dijangka dapat mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat. Jangka masa bersalin adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Kelahiran merupakan pengakhiran kepada proses kehamilan dan juga merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan manusia. Proses kelahiran adalah satu proses fisiologi yang biasa. Terdapat tiga kaedah kelahiran kaedah kelahiran secara semula jadi, kaedah Caserean dan kaedah ‘prepared birth’.

Kaedah kelahiran secara semula jadi dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama proses melahirkan anak di mana ibu akan mengalami sakit-sakit di bawah bahagian perut, yang mula-mulanya sakit sedikit-sedikit selama lebih kurang dari 30 saat dan biasanya setiap 10 minit. Sakit ini akan disertakan dengan rasa ketegangan pada rahim.kesakitan ini akan menjadi lebih kerap, teratur dan semakin panjang masa sakitnya tetapi selalunya tidak melebihi satu minit. Ketegangan rahim juga menjadi bertambah kuat. Walau bagaimanapun proses peringkat pertama ini akan mengambil lebih kurang 8-16 jam bagi ibu yang melahirkan anak pertama. Bagi ibu yang pernah melahirkan anak, peringkat pertama ini bertambah cepat. Tanda-tanda awal kelahiran contohnya keluar air dari kemaluan, mengalami kesakitan di bahagian bawah perut atau pinggang yang disertai dengan ketegangan rahim yang teratur. Kenanyakan ibu mengalami keluar lendir yang bercampur dengan sedikit darah sebelum sakit perut atau belakang. Proses kesakitan peringkat pertama disebabkan pembukaan pangkal rahim yang dinamakan “cervix”, yang mana cervix ini asalnya tidak terbuka atau terbuka kecil sahaja dan akan terbuka sehingga lebih kurang 10 sm untuk membolehkan bayi dilahirkan.

Peringkat kedua ini biasanya mengambil masa selama sejam untuk anak yang pertama dan semakin kurang untuk ibu yang pernah melahirkan anak. Sakit yang seterusnya adalah sakit yang akan menyebabkan bayi beransur keluar dari rahim melalui “cervix” yang terbuka, seterusnya melalui faraj dan akhirnya lahirlah bayi. Sebaik sahaja kepala bayi keluar dari faraj ibunya. Mulut bayi akan disedut untuk mengeluarkan lendir untuk memudahkan proses pernafasan. Satu suntikan akan diberikan kepada ibu sebaik sahaja keluarnya bahu bayi untuk membantu pengecutan rahim bagi mengelakkan pertumpahan darah yang berlebihan. Seterusnya tali pusat bayi ini akan dipotong dan bayi akan dikeringkan dengan segera bagi mengelakkan bayi kesejukan.

Peringkat ketiga kelahiran merupakan peringkat untuk mengeluarkan uri iaitu organ utama yang membolehkan bayi mendapatkan segala pemakanan dan oksigen. Perlindung diri dan sebagainya semasa dalam kandungan. Pada masa ini, ibu perlu mengenakan sedikit tarikan secara berterusan. Ibu dilarang untuk menolak uri keluar sendiri ketika mereka sedang bernafas (semasa proses untuk mengeluarkan uri). Akhirnya proses kelahiran kaedah semulajadi berakhir setelah bayi selesai dikeluarkan. Peringkat ketiga kelahiran ini biasanya mengambil masa selama lebih kurang 20 minit.

Seterusnya ialah kaedah kelahiran melalui Cesarean. Kaedah kelahiran Cesarean merupakan prosedur kelahiran melalui pembedahan untuk mengeluarkan bayi dari rahim dengan membedah abdomen si ibu. Proses pembedahan biasanya akan dilakukan sama ada apabila sesuatu kelahiran itu menghadapi komplikasi dan memakan masa yang terlalu lama, apabila fetus berada dalam keadaan songsang, ataupun apabila si ibu mengalami pendarahan yang terlalu banyak ketika melalui proses kelahiran semula jadi.

Bagi kaedah kelahiran “prepared birth” pula, prosesnya adalah lebih kurang sama dengan kaedah semula jadi, namun pendidikan tentang kelahiran dan teknik relaksasi diterapkan kepada ibu-ibu mengandung sejak peringkat awal proses kehamilan lagi. Ini dilakukan bagi membantu mengurangkan kesakitan ketika proses kelahiran dengan mengajar tentang teknik pernafasan yang betul untuk mengawal peneranan. Pendidikan psikologi juga diberikan bagi membantu mengurangkan ketakutan dan tekanan ibu-ibu yang mengandung serta pasangan mereka menjelang tibanya waktu kelahiran.




KONTRAKSI








PECAH KETUBAN









JALAN LAHIR MEMBUKA












BAYI LAHIR









SELESAI LAHIR







3 comments:

  1. Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

    Taniah anda semua telah melakukan tugasan dengan cermerlang sekali. Syabas saya ucapkan teruskan pada masa akan datang. Cuma lengkapkan biodata kumpulan tiada. masukkan nama kursus sekali

    ReplyDelete
  2. Lengkapkan juga biodata kumpulan setiap individu dalam kumpulan anda. sekian


    missnjpakkupsi

    ReplyDelete
  3. Wow... lengkap sangat info kat sini...

    ReplyDelete